Monday, February 28, 2011

Kasih sayang mengikut bulan lahir......

Januari
- Mudah jatuh cinta.
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang
dicintai sekiranya dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya.
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan
pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai
memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi
tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu
terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh
bila melakukan kerja
------------------------------------------------------------------

Febuari
- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada
luaran(hanya pasangannya yang tahu) .
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati
pasangan.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.
----------------------------------------------------

Mac
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.
-----------------------------------------------------

April
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang
dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.
----------------------------------------------------------

Mei
- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk di pujuk.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control
atau King Control) .
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama
pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi
tak pandai memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.
----------------------------------------------

Jun
- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia
perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau
umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.
--------------------------------------------

Julai
- Amat suka didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan
perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap
individu yang dicintai.
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Suka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.
-------------------------------------------------

Ogos
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sangat sensitif .
- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang
berkenan.
--------------------------------------------------

September
- Bersopan dalam hubungan.
- bertolak ansur terhadap pasangan.
- Suka mengkritik pasangan.
- Sangat prihatin terhadap pasangan.
- Sangat sensitif dan emosi.
- Pandai memahami pasangan.
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
- Pandai menyimpan perasaan.
- Suka berterus terang jika perkara itu tak
disetujuinya.
------------------------------------------------------

Oktober
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasanangan ada
melakukan kesalahan terhadapnya.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.
----------------------------------------------

November
- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Agak degil dan kuat pendirian.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Emosi yang mendalam.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.
---------------------------------------------------

Disember
- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci bila dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan.

Antara sayang, cinta, suka dan minat, di mana aku? Semakin hari semakin keliru.....

Monday, February 14, 2011

Tentang Kutu..


Fakta Asas
Untuk mendapat jangkitan kutu memerlukan sentuhan dari kepala ke kepala.
Sesetengah orang tidak menunjukkan sebarang gejala, sesetengah pula berasa gatal kulit kepala.
Hanya satu cara sahaja untuk mendapat kepastian tentang jangkitan iaitu dengan membasahkan rambut, membubuh perapi pada rambut dan menyikatnya dengan sikat bergigi halus untuk mengesan kutu hidup (saiz dalam lingkungan 1-3 mm panjang).
Rawatan yang paling selamat ialah ‘penghapusan kutu’, iaitu satu regim penyikatan.

Tanda-tanda

Walaupun sangat kecil, kutu masih boleh dilihat dengan mata kasar. Tanda-tanda kutu:

Telur kutu: Telur kutu kelihatan kecil kekuningan, atau coklat sebelum ia menetas. Setelah menetas, kulitnya yang terlekat pada rambut berwarna putih atau jernih. Kutu bertelur pada rambut dekat dengan permukaan kulit, di mana suhunya adalah sesuai untuk mengekalkan haba sehingga ia menetas. Telur kutu senang dilihat pada rambut kanak-kanak. Telur kutu menetas dalam masa 1 hingga 2 minggu selepas ia dihasilkan.
Kutu dewasa dan anak kutu: Kutu dewasa tidak besar, tidak sampai sebesar beras pun dan berwarna kelabu dan coklat. Kutu menghisap darah beberapa kali dalam sehari tetapi ia boleh kekal hidup sehingga 2 hari selepas terjatuh dari kulit kepala.

Menggaru: Menggaru dan kegatalan datang dengan gigitan kutu. Namun kegatalan mungkin tidak terus bermula – ia bergantung kepada kesensitifan kulit kepala kanak-kanak, mungkin datang setelah berminggu-minggu jangkitan. Kanak-kanak mungkin menyatakan ada benda bergerak dan rasa geli di atas kepala mereka.

Benjolan kecil kemerahan atau sakit akibat dari menggaru: Bagi sesetengah kanak-kanak, kegatalan mungkin sederhana, bagi yang selebihnya mungkin menyebabkan bintik merah dan kudis timbul. Menggaru terlalu kuat boleh menyebabkan jangkitan kuman.
Adakah Kutu Boleh Berjangkit?

Kutu adalah sangat boleh berjangkit dan boleh tersebar dengan cepat dari orang ke orang, terutamanya dalam keadaan berkumpulan (sekolah, tadika, aktiviti sukan, perkhemahan). Kutu tidak boleh melompat atau terbang. Kutu hanya boleh berjangkit dengan sentuhan kepala ke kepala, tetapi berkongsi pakaian, topi, sikat, cadar, selimut dan bantal juga boleh menyebarkan kutu.

Adakah kucing, arnab dan haiwan peliharaan lain boleh menyebarkan kutu juga? Jangan risau, haiwan peliharaan tidak boleh mendapat kutu kepala (kutu manusia) dan menyebarkan kepada manusia, dan manusia tidak boleh memberi jangkitan kutu kepala kepada mereka.

Rawatan

Doktor anda mungkin memberi rawatan syampu berubat, bilasan krim atau losyen untuk membunuh kutu. Rawatan-rawatan ini boleh membunuh kutu dengan segera, tetapi kegatalan hanya hilang selepas beberapa hari. Adalah penting untuk menurut arahan dari doktor kerana rawatan ini adalah racun. Sekiranya anak anda adalah 2 tahun dan ke bawah, anda tidak sepatutnya menggunakan rawatan ubat kutu. Anda perlu membuang kutu dengan tangan (menggunakan sikat).

Berikut adalah cara mudah untuk membunuh kutu dan telurnya, dan membantu mencegah jangkitan semula kutu:
Basuh semua cadar dan pakaian yang telah dipakai oleh sesiapa sahaja yang telah terkena jangkitan kutu di rumah anda dalam air panas, dan keringkannya di tempat panas.
Cuci kering sebarang pakaian dan permainan yang tidak boleh dibasuh dengan mesin. Atau, masukkannya dalam beg kedap udara selama 2 minggu.
Bersihkan dengan pembersih hampagas karpet dan perabot upholsteri anda (di rumah atau kereta).
Rendam barang penjagaan rambut seperti sikat, pengikat rambut dan berus dalam syampu berubat atau alcohol selama satu jam. Anda juga boleh membasuhnya dengan air panas atau buangkan sahaja ia.
Oleh kerana kutu mudah berjangkit dari seorang keseorang dalam rumah yang sama, ahli rumah juga perlu dirawat untuk mengelak dari kutu hadir semula.

Perkara Yang Anda Jangan Buat:
Jangan gunakan alat pengering rambut pada rambut anak anda selepas menyapu atau mengenakan sebarang rawatan kulit kepala kerana sesetengahnya mengandungi bahan boleh terbakar.
Jangan gunakan bilasan krim atau kombinasi syampu/perapi sebelum membubuh ubat kutu.
Jangan basuh rambut anak anda selama satu atau dua hari selepas menggunakan rawatan berubat.
Jangan gunakan ubat yang sama lebih dari tiga kali ke atas orang yang sama. Sekiranya ia tidak berkesan, doktor anda akan menyarankan ubat lain.
Jangan gunakan lebih dari satu ubat kutu pada masa yang sama.
Baca lagi tulisan seperti ini dalam Health


Mengatasi Sembelit Dengan Temu Lawak

Petua Mengatasi Sembelit Dengan Temu Lawak


Masalah sembelit merupakan antara masalah popular yang menimpa kebanyakan anda ketika bulan puasa. Anda boleh merujuk kembali tulisan terdahulu di sini sebagai kenang-kenangan. Jadi sebelum ia melarat, ada baiknya anda merawatnya.




Petua sembelit kali ini adalah dengan menggunakan batang dan rizom (ubi) muda temu lawak. Buat makluman anda, temu lawak ni nama saintifiknya ialah Curcuma Xanthorrhiza.

Baiklah, kaedah mengatasi sembelit dengan temu lawak adalah seperti berikut;

1. Anda ambillah bahagian batang dan rizom (ubi) muda temu lawak sahaja.

2. Bersihkannya dulu dan kemudian rebus ia sampai mendidih.

3. Setelah mendidih, anda tapis serta tuangkan air rebusan tadi ke dalam gelas.

4. Jika mahu, biarkan ia suam seketika dan minumlah secara perlahan-lahan.

Dalam sehari, anda boleh meminumnya sebanyak dua hingga tiga kali. Anda boleh teruskan meminumnya dalam beberapa hari mendatang.

Jikalau mahu meminumnya walaupun pada waktu anda tak kena sembelit pun boleh. Ia boleh dilakukan sebagai langkah pencegahan. Selain sembelit, ia juga diakui boleh mengatasi masalah najis berdarah. Jangan lupa cuba tau.

Petua Mencegah dan Rawatan Sakit Kepala;



Anda diserang sakit kepala ataupun berasa pening kepala mungkin disebabkan oleh faktor tertekan, migrain mahupun darah tinggi. Kebiasaannya jika pening kepala, anda mesti telan panadol (paracetamol), kan?

Justeru itu, saya ingin berkongsi satu alternatif tradisional bagi mencegah dan menghilangkan sakit kepala. Paling tidak pun, ia akan mengurangkan rasa pening kepala itu sendiri. Bahan yang anda perlukan ialah daun sambung nyawa. Ataupun jika ada, anda boleh gunakan bahagian pucuknya.

Kesannya lebih baik terutamanya untuk pesakit migrain. Sambung nyawa ni juga dikenali sebagai Gynura Procumbens.

Anda boleh rujuk gambar di bawah;




Daun Sambung Nyawa

Anda cuma perlu memakan 1 atau 2 helai daun sambung nyawa ni setiap hari. Boleh jadikan ia ulam ataupun dimakan begitu saja.

Selain pening kepala, amalan memakan daun ini boleh mengurangkan tekanan darah. Kiranya anda boleh jadikannya sebagai penawar darah tinggi juga. Secara tak langsung, ia bertindak mengatasi komplikasi sakit kepala itu sendiri.

Begitu juga halnya jika anda diserang migrain, amalan memakan bahagian pucuk sambung nyawa ni adalah lebih baik. Boleh diamalkan setiap hari. InsyaAllah anda akan merasai kesan positifnya.

Kesimpulannya, daun dan pucuk sambung nyawa ni bukan sekadar ubat untuk melegakan pening kepala, malah ia turut berfungsi mengubati komplikasi yang menyebabkan pening kepala itu sendiri seperti darah tinggi dan migrain.

Selamat Mencuba!

Jangkitan kutu kepala pada rambut di kalangan kanak-kanak 4-7, & 7-12 tahun.

HEAD LICE:
tajuk yang saya dapat untuk health education di community health pada bulan march nanti..
wah,sungguh teruja nampaknyer saya nak buat pad chart ne,biarpun hanya di berikan masa seminggu untuk menyiapkannya kerana kesuntukan masa. saya tidak menyalahkan puan Halmah selaku lecturer community health kami ini~saya tetap menggangap ini sebagai cabaran kami, selagi bergelar student. apa yang saya hendak kongsikan di sini adalah tentang pad chart yang saya akan buat dan tajuk di atas ini,yanag mana saya begitu teruja namun amat berdebar untuk pergi ke sekolah2 bagi memberikan pendidikan kesihatan pada budak sekolah.semoga saya dapat melakukan yang terbaik kepada adik2 di sana nanti

p/s* Akan datang saya akan sambung lagi..^_^

KUTU KEPALA / HEAD LICE;

Kutu sukakan kepala bersih?




GARU, garu, garu. Kepala anda rasa sungguh gatal. Mungkinkah ia bahana kutu? Jika demikian, anda tidak keseorangan.

Setiap tahun, dianggarkan antara enam juta hingga 12 juta orang manusia di seluruh dunia dijangkiti oleh kutu kepala. Rata-ratanya adalah kanak-kanak.

Di sekolah, ia boleh berjangkit dengan begitu mudah sekali. Jika seorang murid mempunyai kutu, boleh dikatakan seluruh kelas akan turut dijangkiti olehnya.

Kutu tidak termasuk dalam kategori bahaya, ia juga tidak menularkan penyakit. Namun, kutu sangat mudah berjangkit dan boleh menyebabkan rasa tidak selesa yang teramat sangat.

Gigitannya boleh menyebabkan kulit kepala seseorang berasa sangat gatal. Kesan garu yang berterusan bukan sahaja boleh mengakibatkan keradangan kulit, malahan jangkitan.

Jika anda beranggapan bahawa kutu gemarkan kepala seseorang yang kotor sebagai rumahnya, anda salah kerana kutu sukakan semua orang sama rata termasuklah kepala terbersih di dunia.

Kutu kepala bukanlah satu petunjuk bahawa seseorang itu tidak menjaga kebersihan dirinya dan boleh diklasifikasikan sebagai pengotor.

Malah, anda mungkin terkejut jika mengetahui bahawa kutu sangat menyukai kepala dengan rambut pendek, lurus dan bersih. Kenapa? Kerana ia memudahkan laluan kutu ke kulit kepala.

Pun begitu, fakta ini bukanlah bermakna seseorang itu boleh mengabaikan penjagaan kebersihan kulit kepala mereka sama sekali.

Apa itu kutu kepala

Kutu merupakan serangga parasit - yang tinggal menumpang di atas kehidupan lain seperti kepala manusia, sangat halus dan sukar dilihat (lebih kurang saiz bijan atau dua hingga empat milimeter) dan mempunyai enam kaki kecil dengan kuku khas seperti penyangkut yang memegang kuat rambut.

Ia juga tidak bersayap. Memandangkan kutu kepala sangat mudah berjangkit, sesetengah orang menganggapnya boleh terbang.

Air liur kutu yang dicucukkan kepada kulit kepala ketika menghisap darah memberikan sensasi gatal dan proses ini boleh berlaku sehingga lima kali sehari.

Penting untuk anda mengetahui bahawa seseorang itu berisiko mendapat jangkitan kali kedua akibat menggaru kepala disebabkan oleh rasa gatal itu.

Apabila kutu mulai hidup di dalam helaian rambut, ia juga mula mengeramkan telur. Secara puratanya, kanak-kanak boleh `membela' di antara 10 hingga 20 ekor kutu dewasa.

Kutu boleh hidup sehingga 30 hari di atas kepala manusia (kutu kepala tidak boleh hidup atau menumpang binatang seperti kucing dan anjing) dan boleh mengeramkan sebanyak lapan biji telur sehari.

Kutu dewasa melekatkan telur-telur mereka yang berwarna kelabu keputih-putihan dan berbentuk bujur pada helaian rambut, berhampiran dengan kulit kepala. Ada ketikanya ia kelihatan seperti kelemumur.

Sebaik ia menetas, nimfa atau anak-anak kutu baru akan keluar. Walaupun tidak boleh mencederakan namun ada ketikanya ia boleh menyebabkan keradangan kulit dan menimbulkan rasa gatal, apatah lagi pada sebelah malam.

Bagaimana ia berjangkit?

Kutu tidak boleh melompat atau terbang seperti tanggapan sesetengah orang tetapi ia boleh merangkak dengan cukup laju.

Ia sangat mudah merebak menerusi sentuhan fizikal kepala ke kepala terutamanya di kawasan yang sesak seperti sekolah, kem dan pusat penjagaan kanak-kanak harian.

Justeru, tidak hairanlah jika masalah kutu lebih lazim ditemui di kalangan kanak-kanak berusia antara empat hingga lapan tahun.

Kadangkala, ia juga boleh berlaku melalui perkongsian tuala, pakaian, topi, tilam, bantal mahupun sikat. Jika kutu terlekat pada salah satu barangan di atas dan ia kemudiannya menyentuh kepala orang lain, orang tersebut juga boleh dijangkiti.

Implikasi kutu kepala

Kutu memberikan ketidakselesaan, membuatkan seseorang berasa tidak sihat sekali gus menjejaskan kerja-kerja mereka.

Di kalangan kanak-kanak, kegatalan pada waktu malam mengganggu tidur mereka, seterusnya turut mempengaruhi tumpuan di dalam bilik darjah.

Dalam masa yang sama, ia turut memberikan kesan terhadap tumbesaran dan proses pembelajaran kanak-kanak.

Terdapat juga risiko jangkitan kedua akibat kegatalan dan menggaru kulit kepala secara berterusan.

Untuk itu, rawatan kutu kepala ditujukan kepada empat bidang iaitu kebersihan, kutu, telur kutu dan jangkitan kedua.

Rawatan sedia ada

Memandangkan kutu boleh merebak dengan begitu mudah dan cepat, adalah penting untuk merawatnya dengan betul dan menyeluruh.

Pada masa dahulu, minyak tanah digunakan untuk membunuh kutu kepala. Namun begitu ia mengundang bahaya kerana boleh terbakar.

Terdapat juga beberapa jenis racun serangga yang boleh digunakan untuk merawat masalah kutu kepala ini. Gamma benzene hexachloride dan Malathion merupakan rawatan kutu kepala paling berkesan.

Bagaimanapun, Gamma benzene hexacloride telah diharamkan di beberapa negara kerana dikaitkan dengan keradangan sistem saraf pusat.

Syampu Malathion didapati berkesan menghapuskan kutu kepala dan telur-telurnya selepas 10 minit disapukan ke kepala tanpa sebarang kesan sampingan.

Kadar penyembuhan kutu kepala mencapai 95.5 peratus.



[ sumber : Utusan Malaysia Online ]

Cara Hilangkan Lebam Bawah Mata

Lingkaran hitam bawah mata seringkali menjadi masalah terutama kepada wanita. Mereka sering menutupinya dengan memakai cermin mata gelap. Namun begitu, mereka tidak perlu risau lagi setelah mengamalkan petua ini yang hanya menggunakan sebiji kentang. Senang dan mudah.

Ikuti cara2 seperti berikut;

1. Ambil 1/2 atau sebiji kentang.
2. Kupas kulit kentang tadi dan bersihkannya sebelum kisarkan ia sampai halus.
3. Kemudian, letakkan kentang yang telah dikisar tadi di atas sehelai kain lembut dan bersih.
4. Sapukannya pada bahagian bawah mata anda yang bermasalah secara perlahan-lahan.
5. Pastikan juga sapuan tersebut tidak kena pada mata.
6. Biarkan sapuan tadi menyerap pada kulit di bahagian bawah mata kira-kira dalam 15 ke 20 minit.
7. Selepas itu, barulah anda basuh bahagian tersebut dengan air bersih.
8. Amalkan petua ini setiap hari jika anda berkesempatan. Jika diizinkanNya, lingkaran hitam pada bawah mata anda boleh dihilangkan.

Selamat Mencuba dan Berjaya!

VALENTINE DAY? *

You sleep with your gf on 14 Feb (Valentine's Day), she will give u good news on 21 March (Mother's Day), & u will have a child on 14 Nov (Children's Day)! See the medical aspects but don't try this on every gf because you will have bad news on 1 Dec (AIDS DAY) . dont ever try dude..^_^

Sunday, February 13, 2011

AMARAN PEMAKAIAN SUSUK,

Al kisah..sepasang suami isteri yang berumur 60-an tingal bersama,

  atuk x dapat melihat gan jelas setelah gelas matanya patah di pijak nenek,so nenek mengambil ikhtiar ingin bermanja2 denganya bagi meMbuat atuk gembira..

  nenek PUN lalu di depan atuk dengan memakai PAKAIAN SEKSI tp malangnya atuk wat x tau aja..

  keesokan arinya nenek memakai pakaian TIDO NIPIS tp atuk wat selamber aja..

  kerana terlalu marah akhirnya nenek BERBOGEL ABIS lalu berhenti d depan atuk yang tengah duduk lalu atuk pun berdiri,nenek PUN tersenyum kerana usahanya berjaya...

  lalu atuk pun bertanya kepada nenek sambil menggosok2kan matanya"baju apa yang nenek pakai ni kusut sangat pi SETERIKA...

hehehhhe...
MORAL OF THE STORY
klu seterika baju banyak d pasaran tp klu sterika badan  ada d uma pak dukun pasang susuk..klu mau lagi tegang makan jak segala pin,jarum,paku tau apa jak yang  sewaktu dengannya..

wakakakaka..
AMARAN..
pemakaian susuk adalah HARAM..

by,
Mizs.LaraPetronilaPauL^_^

CINTA Sejam,seminit,sehari &seumur hidup.

CINTA
Sejam,seminit,sehari &seumur hidup.
Bayangkan kamu mencintai seseorang,tetapisi dia tidak mencintai kamu, tentu menyakitkan, bukan? Pun begitu, kamu akan lebih kecewa apabila kamu  mencintai seseorang,tetapi tidak mempunyai keberanian untuk meluahkan perasaan kamu.percaya atau tidak,kamu memerlukan seminit untuk tertarik kepada seseorang,sejam untuk menyukai seseorang,sehari untuk mencintai seseorang,tetapi mengambil masa seumur hidup untuk melupakan seseorang yang kamu cintai.

TIPS MENJADIKAN WAJAH CANTIK,

Pertama
kali berjumpa dengan seseorang, otomatis yang dilihat adalah wajahnya.Maka dari
itu, memelihara kesehatan dan kecantikan kulit wajah penting sekali. Dengan
wajah yang segar dan sehat, kepercayaan diri jadi kuat
.

Untuk mendapatkan kulit yang sehat, tidak selalu harus pergi ke salon kecantikan dan
mengeluarkan biaya yang tinggi. Hidup disiplin, makanan yang terjaga,
membersihkan kulit secara teratur, akan membantu untuk mendapatkan kecantikan
alami.

ü  Makanan Sehat
Hindari
atau kurangi makanan yang bisa menyebabkan wajah berjerawat dan kulit muka
berminyak. Contohnya coklat, kentang goreng, pizza, dan minuman soda. Banyak
makan sayuran dan buah-buahan akan mendukung untuk memiliki kulit yang sehat.
Buah-buahan yang mengandung banyak vitamin,menyehatkan kulit.




ü  Olah Raga dan Minum
Air Putih 
Mengkonsumsi air putih minimal delapan gelas sehari dan berolah-raga teratur dapat mempengaruhi
kesehatan kompleksi kulit wajah. Kerlancaran darah yang lebih tinggi bisa
memberikan kecerahan terhadap wajah. Olah-raga dan minum air putih yang banyak
membuat badan lebih fit dan enerjik serta mengurangi stress.



ü  Lindungi dari Matahari
Penting sekali untuk melindungi wajah dari sinar matahari. Oles wajah dengan krim
sunscreen atau sunblock. Kelebihan sinar matahari terhadap kulit muka, bisa
menyebabkan keriput dini, kanker kulit, kerusakan kulit,kulit terbakar memerah,
dan bahkan mengakibatkan bibir kering. Untuk mencegah kerusakan-kerusakan
tersebut, pakai krim sunscreen dengan kekuatan
SPF
15
atau lebih.


ü  Cuci Muka Sebelum Tidur
Biasakan bersihkan wajah sebelum tidur. Jangan sampai tidur dengan wajah kotor dengan
make-up. Pilih sabun muka yang cocok. Setelah membersihkan muka dengan sabun,
oles krim moisturizer. Sekali minggu, gunakan masker muka yang cocok bagi tipe
kulit dan biarkan selama kurang lebih 15 menit.Masker muka mampu menyerap
kotoran-kotoran lama yang menempel di kulit muka dan mengecilkan pori-pori.
Selalu gunakan air hangat untuk membilas muka, air panas bisa mengeringkan
kulit.



ü  Tidur yang Cukup 
Jika tidur cukup, 8 jam setiap malam, bangun pagi badan terasa segar. Tidur yang cukup bisa menambahkan energi dan otomatis wajah akan cerah bebas dari lingkaran hitam dibawah mata.




by,
Mizs.LaraPetronila

Nikmat kemerdekaan bererti membebaskan diri daripada belenggu penjajah, cengkaman ekonomi asing dan paling penting ialah menentukan hala tuju sesebuah negara menurut acuan dan perspektif bangsa itu sendiri.







Elements of happy family

1). Love  and understanding
*      Love each other of the family members to make happy family.
*      Share feeling, problem and knowledge can make family members closer each other.
2). Physical, mental, and emotional protection
*      As parents they have to protect their children from dangerous or anything that can make their child injury.
*      Always know child activity and who their friends.
3). Nurturing, education and guiding
*      Give education to child.
*      Also give education about own religion
4). Fair
*      Give a same attention and love to each child to make them feel parent’s love.

The Japanese Invasion of Malaya

Sinking of Prince of Wales and Repulse (マレー沖海戦)

Saturday, February 12, 2011

25 Petua dan Tips Nak Bagi Anak Pandai BI.

1. Anda dah boleh ajar anak anda mahir dalam bahasa
Inggeris dari mereka dalam kandungan lagi.Berbual dengan mereka dalam bahasa
Inggeris. Nyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Inggeris. Mainkan lagu2 dalam bahasa
Inggeris untuk mereka dengar. Kalau nak lagu-lagu nasyid rasanya dah banyak
yang ada dalam bahasa Inggeris seperti lagu-lagu nasyid Yusuf Islam.



2. Bila anak dah lahir teruskan berbual dengan anak anda tu dalam bahasa
Inggeris. Kalau boleh gunakan teknik One Parent One Language. Maknanya sorang
kenalah cakap Bahasa Inggeris n sorang cakap bm sepenuhnya. Jadi anak nanti
mahir dalam kedua2 bahasa, InsyaAllah.



3. Gunakan sumber pengajaran seperti kad imbas, poster, vcd, cd dan lain2 untuk
mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk mereka belajar.





4. Jangan jadikan kelemahan anda dalam bahasa Inggeris sebagai alasan untuk
tidak mendedahkan mereka kepada bahasa Inggeris pada peringkat awal lagi.
Berkorban sedikit.Belajar balik bahasa Inggeris tu untuk anak2 anda. Tak perlu
mahir untuk mengajar mereka sebab anda sentiasa boleh rujuk kepada buku2 dan
lain2 sumber untuk menagajar.



5. Kad imbas amat berkesan untuk memperkenalkan perkataan baru bahasa Inggeris
tanpa perlu anda menggunakan bahasa ibunda anda. Ini kerana kad imbas
menggunakan gambar/imej. Gunakan permainan2 kad imbas yang menarik untuk
menagajar mereka.



6. Jangan merasa malu dan segan untuk mengajar anak-anak anda dikhalayak ramai.
Pedulikan pandangan sinis orang lain. Yang penting anak anda akan mahir dalam
bahasa Inggeris dan bila masuk sekolah nanti tak ada masalah dengan mata
pelajaran bahasa Inggeris, Sains dan matematik.



7. Ingat yang bila seseorang kanak-kanak mahir dalam bahasa, IQ mereka juga
akan meningkat.



8. Kalau ada yang anda tak faham, jangan segan bertanya dengan orang lain.



9. Belikan buku-buku cerita yang menarik yang banyak gambar2 untuk anak-anak
anda. Kalau dia orang minat kartun,tak salah anda belikan komik dalam bahasa
Inggeris. Sekarang ni komik Doraemon pun ada dalam dwibahasa.



10. Rajin2 lah bacakan buku cerita kepada anak anda.Pupukkan sikap suka memabca
bahan2 dalam bahasa Inggeris kepada mereka.



11. Dapatkan sokongan suami/isteri untuk mengajar anak-anak anda. Kenalah ada
team effort.Jangan buat sorang2. Tak salah juga kalau minta bantuan ibubapa
atau mertua anda untuk sama2 membantu. Kadang2 mereka ini lagi fasih dari kita.



12. Kalau mampu hantar le ke tadika yang ada ajar bahasa Inggeris. Kalau x ada
budget jangan lah risau. Anda sendiri boleh mengajar mereka dengan berkesan.



13. Kenali diri anak anda dan ketahui apa yang mereka minati.Kalau dia minat
Sesame Street belilah vcd2 Sesame Street.



14. Gunakanlah sumber percuma atau sumber2 yang telah anda bayar.. Pilih
rancangan2 di tv dan Astro yang sesuai untuk anak-anak anda seperti rancangan
Sesame Street, Noddy, Bob The Builder ke dan lain¡KKalau anda sendiri nak
belajar bahasa Inggeris, di Astro ada channel 14 yang banyak rancangan2 bahasa
Inggeris.



15. Jangan paksa atau beri tekanan terutamanya kepada kanak-kanak yang masih
kecil. Ingat yang mereka ini moody, cepat lupa, mudah bosan dan lebih suka
bermain dari belajar. So anda kenalah cari teknik2 pengajaran yang tidak
membosan kan. Kalau nak ajar tak payah lama2 dan cari masa yang sesuai bila dia
org boleh beri lebih tumpuan.



16. Beli poster yang sesuai dan tampalkan di dalam rumah anda. Pastu
tearngkanlah kepada mereka dan lepastu anda kenalah rajin ulangkan apa yang
anda terangkan kepada mereka sebab mereka ni mudah lupa.



17. Kalau betul caranya kanak-kanak boleh mengusai lima bahasa serentak!



18. Jangan risau., anak anda tak akan pening kalau anda dedahkan kepada dua
bahasa dari kecil. Mula2 je dia pening tapi dia akan cepat sedar yang mereka
menggunakan dua bahasa.



19. Konsisten dalam pengajaran anda tu. Jangan kejap cakap bm dan kejap cakap
bahasa Inggeris atau campur dalam ayat anda.



20. Jangan guna bahasa bayi. Sebut betul2 dan gunakan ayat yang betul grammar
dia.



21. Kalau anak anda sebuat tak betul ,betulkan sebutan mereka dengan anda ulang
semula apa yang mereka sebut tu.



22. Belajar balik bahasa Inggeris anda. Walaupun anda rasa yang bahasa Inggeris
anda dah ok tak salah kalau anda belajar balik sebab kdg2 kita ni tak sempurna.
Or kdg2 benda yang kita ingat betul sebenarnya salah atau kurang tepat.



23. Selain dari mengguna kad imbas anda juga boleh gunakan kad perkataan. Ni x
ada imej atau gambar. Senang je nak buat.Belije kad2 untuk buat nota yang
bersaiz poket. Kad ni sesuai jugak untuk anda mempelajari perkataan baru dengan
menggunakan Thesaurus dan Dictionary.



24.Kalau boleh jangan gunakan kamus Bahasa Inggeris-BM. Cuba gunakan kamus
bahasa Inggeris-bahasa Inggeris ataupun gunakan kamus English-English- Malay
macam yang saya gunakan. Ini boleh membantu anda ¡¥berfikir¡¦ bahasa Inggeris.



25. Kalau anda sendiri tak berapa ingat perkataan-perkataan bahasa Inggeris ,
apa kata anda gunakan label dan tampalkan pada tempat2 yang sesuai seperti
letak label fridge di peti ais, kitchen di dapur dan sebagainya. So dengan cara
ini anda pun ingat apa yang perlu disebut dan anak anda pun boleh ingat apa
yang perlu disebut.

DariPada,
Mizs.LaraPetronila

10 Jenis Makanan Antikolesterol

1.SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk
mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat
galian.Ia juga Dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya
kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar
Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI
Kuaci mempunyai kandungan zat besi.
Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL
sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar
seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta
mengurangkan kolestrol.


3. BUAH KERING
Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg
paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan
lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga
boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal @
meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan
kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera
dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat
dan mencegah berlaku kemak dlm badan



5. IKAN TUNA
termasuk sumber asid
lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus
melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.



6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya
dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan
kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA
Vitamin C
banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik,
rambutan, strawberi dan kiwi.
Vitamin C
berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.

8. KISMIS
Mengandungi sebatian
yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis
setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT
Lebih daripada kajian
saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi
boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh
mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah
lemak & kolestrol anda.


10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan
paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari
dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh.
Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu.
Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang,
jambu batu adalah pilihan yg sesuai


DariPada,
Mizs.LaraPetronila

Urutan wajah cara betul

Muka akan tampak berminyak
terutama selepas bangun dari tidur. Sebenarnya, itulah masa sesuai untuk
mengurut wajah. Guna jari telunjuk kedua-dua belah tangan. Mula letakkan
kedua-duanya di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari ke pipi, pipi ke hidung seterusnya
ke bahagian dahi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut cara menurun kerana
ia akan mempercepatkan proses kedutan di wajah. Buatlah setiap pagi disusuli
dengan minum air suam sebelum mengambil sarapan pagi.

Daripada,
Mizs.LaraPetronila

Tip untuk sihat

Iaitu memilih makanan dengan betul.



#
Minum sepuluh gelas air sehari supaya kulit sihat dan lembap. Air

juga bertindak sebagai bahan membantu tubuh mengepam keluar toksik

dalam badan.



# Jauhi snek dan makanan segera yang sememangnya sedap kerana
kandungan sodium yang tinggi di dalamnya. Namun, jika diambil dalam

jumlah yang banyak, unsur kimia dalam makanan berkenaan akan

menjadi racun yang boleh mengganggu organ tubuh.



# Lebihkan pengambilan protein yang bukan berasaskan haiwan

misalnya kacang soya. Protein dari haiwan tidak baik kerana ia

lemak tepu dan tinggi kolesterol.



# Awas dengan susu atau produk tenusu kerana bagi mereka yang

berkulit sensitif, produk tenusu dipercayai berpotensi tinggi

menghasilkan mukus yang memberi reaksi alergi. Semakin meningkat

usia, tubuh kehilangan enzim penting yang boleh memecahkan gula

dalam susu atau produk tenusu. Gantikan dengan yogurt rendah lemak

kerana ia mengandungi bakteria baik yang berupaya menyerap nutrien

dengan baik.



# Jangan kedekut untuk membeli sistem penapis air yang berkualiti.

Air yang bersih boleh merangsang awet muda.



# Anda penggemar kopi? Tahukah anda minuman seperti kopi atau apa

saja yang berkafein sebenarnya bersifat toksik kepada badan? Ia

menyebabkan pengoksidaan kulit menjadikannya cepat berkedut.



# Jika anda mengimpikan berat badan ideal, jauhkan makanan

berasaskan lemak tepu, berprotein tinggi dan mengandungi kolesterol

dalam diet anda.



# Cuba makanan berasaskan karbohidrat kompleks. Ia bukan saja

mengekalkan aras gula dalam darah tapi turut memanjangkan hayat

alteri anda.


Daripada,
Mizs.LaraPetronila

TIPS PINGGANG RAMPING PINGGANG


**************

Ada 3 jenis ukuran pinggang - sederhana, panjang & pendek. Ukuran diambil
berdasarkan jarak di antara buah dada & pinggul. Wanita berpinggang pendek
mempunyai jarak antara buah dada & pinggang lebih pendek. Ia membuatkan
bahagian dari pusat ke bawah (kaki) lebih panjang.


-Pinggang sederhana-
-------------------------------
Pinggang sederhana mempunyai jarak seimbang antarabuah dada & pinggul.
Mereka boleh menggayakan sebarang fesyen. Masalah timbul jika pinggang mereka
lebar (ukurlilit) serta perut buncit atau terlalu ramping & punggung besar.
Cuba lindungi dgn blaus labuh menutupi punggung & tidak terlalu ketat.



-Pinggang panjang-
---------------------------
Jarak di antara buah dada & pinggang lebih panjang, berbanding di antara
pinggang ke pinggul. Ia membuatkan bentuk badan dari pusat ke bawah (kaki)
nampak pendek. Cuba petua ini agar kaki nampak lebih panjang.



- Pakai skirt labuh. Ia mampu melindungi jarak pendek di antara pinggang ke
pangkal peha serta ukuran sebenar kaki tidak ketara.



- Pilih seluar atau skirt tanpa pinggang (pelapik keras pada pinggang) dgn
sisipan kecil khusus utk talipinggang.



- Pilih warna sana utk sut padanan dua terutamanya jika berseluar.



- Jika pakai blaus & seluar, pilih tali pinggang sewarna blaus. Ia dpt
melarikan pandangan & melindungi jarak pendek di antara pinggang &
pangkal peha.


DariPada,
Mizs.LaraPetronila

25 TIPS UNTUK KURUS

Diantara amalan yang patut anda lakukan ialah:-



1. JANGAN BERLAPAR

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa
yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot)
untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi
rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan
lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah
kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi



2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak
terasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan
enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh
menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.



3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI

Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan
memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang
berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak



4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk
kesihatan tubuh



5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan
pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda
kurang berat yang disebabkan air.



6. AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut
satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk
gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya.Bagaimana ia terjadi? Sarapan
pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga
meningkat untuk membakar kalori.



7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita
makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.



8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara
ini ia lebih mudah dihadam.



9. MAKAN SIKIT TAPI BANYAK KALI

Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua
tetapi dengan kuantiti yang banyak.



10. ELAK MAKANAN RINGAN

Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau
kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan
selera anda.



11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh,
usah ada di dalam peti ais anda.



12. MAKAN DILUAR

Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren
kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang
gula.



13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral
dan serat dan kandungan lemak yang rendah.



14. TIMBANG

Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak
perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan
yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet



15. AMBIL MAKANAN YANG BEREMPAH

Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori.
Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga
meningkatkan pembakaran lemak.



16. PILIH MAKANAN YANG BERASASKAN BIJIRIN DAN KEKACANG.

Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak
mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.



17. SIMPAN SATU DIARI

Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat
badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap
kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari
makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah
beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh
membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini
juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet
anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.



18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS!

Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang
apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal
sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa
yang boleh menyihatkan tubuh badan.



19. MEMASAK MAKANAN

Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah
merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya
dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau
lemak haiwan.



20. MEMILIH HIDANGAN

Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring
cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang
terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda
ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa
lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak
makanan ringan yang anda habiskan!



21. BERJALAN JALAN SELEPAS MAKAN

Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah
makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25
langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga.
Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja
terisi.



22. BERBELANJA

Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja
dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah
perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah
dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling
akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.



23. GERAKKAN PUNGGUNG

Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih
efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop.
Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau
hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.



24. PENGGUNAAN GULA

Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32
kilokalori.



25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing:-- Jalan cepat. Gunalah
kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat- Gunakan
tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi, naik tangga untuk
beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif- Renang adalah
latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam- Bersenam atau
peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan
otot dapat melancarkan peredaran darah- Tunggang basikal dan kayuh
perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan
merampingkan peha.

DariPada,
Mizs.LaraPetronila

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

1. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda
minum boleh menurunkan berat badan anda.Caranya: Sediakan dua biji limau nipis
atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang
berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah
dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam.
Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama
sebulan, berat badan anda akan beransur turun.



2. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan
dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu
sebelum sarapan dan sebelum tidur.



23. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan
minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.
Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan
ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau
makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah
segar dan langsing.



4. Nak Turunkan Berat BadanSelepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh
Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu



5. Badan Langsing Selepas BersalinUntuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas
bersalin, cuba petua berikut:-Ambil 5 halia bara ( Halia Cina )10 biji lada
hitam30 ekor ikan bilis.Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau
Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari
sewaktu dalam pantang



5. Mengurangkan Buncit

Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini
iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah
jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu
disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.



6. Mengempiskan PerutPetua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil
limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari
kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit
akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang
penyakit.



7. Kempiskan Perut AndaNak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis
dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap
malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.


DariPada,
Mizs.LaraPetronila

WAJAH CANTIK MILIK ANDA

Muke bermslh? Brminyak? Brjerawat
batu? Ohh tidakkk!!! Ingat. wajah yang cantik dan bersih merupakan ekspresi
kepada diri sesorunk itu. Kalu cantik luarnya, cantiklah dalamannye. Kalau
tidak....? Terimalah hakikatnye, selaloonye manusia judge a book by its cover!
Tak salah jugak.... kdg2 kite jugak begitu kan? So, jangan sampai wajahmu
mengundang tanggapan negatif org ye...!




Sunblock

Jangan pernah melupekannye. Kalu x, siaplah belum pun
berusia 30-an, dh penuh dark spots di muke. Ingat, sekali dark spots dh muncul
di wajah, amat sukar nak menghilangkannye. Lebih2 lg kamu yg berkulit cerah.
So, mulai saat ni pakailah sunblock.




Jadilah Lebih Baik

Ingat, wajahm ekspresi dirimu. Kalu dlm dirimu x cantik,
wajah akan turut terkena tempiasnye. Justeru try la jd yg lebih baik dn
positif. Kalu kamu ceria, hati gembira, your face will glow!




Be Moist

Moist! Moist! Moist...wlupun utk mereka yg kulitnye brminyak.
Apetah lg utk kamu yg mempunyai kulit kering. Ianye mesti!!




Be Friendly

Adalah lebih baik kalu kamu lebih bersikap friendlydan
periang kerana kamu akan appear more beautiful to others.




Be Nourished

Dapatkanlah diet dn air yg sckupnye. Cantik or x nye kulit
kamu x langsung bergantung 100% pd sebarang krim yg kamu pakai. X kisahlah
mahal mcm mane pn krim trsebut, ia hanye membantu. So, lbh baik kamu dptkan zat
yg diperlukan oleh kulit wajamu secara natural. Kalu dh tau kamu memang alah
dgn sesetengah makanan, jgn cari pasal!




Jaga Kebersihan

Kalu kamu memang pemalas nk merawat wajah tu, x hairanlah
kalu ia nampak hambar dn dipenuhi dengan bintik2 hitam. Klupun x mampu nk beli
produk pncuci muke yg mhl2, ckup la sekiranye kamu membeli produk tempatan
aslkn ianye sesuai dgn kulit wajah. Klu kreatif, buat la sndiri masker dn
sbgnye.




Be Free

Beauty comes in many forms. So relax and enjoy your life.
Jgn risau apa pandangan org trhdpmu. Tp sebaliknye pastikan kamu yakin yg kamu
mmg mempunyai wajah cantik dn ia amat berharge. Klu kulitmu memang bermslh, jgn
kedekut utk mendptkan rawatan profesional. Aset tu beb!!


DariPada,
Mizs.Larapetronila

Labu Kuning Baik Untuk Kesihatan

Labu kuning (Cucurbita moschata) atau
dikenali dengan sebutan labu parang ini kaya dengan vitamin dan mineral yang
tinggi. Ia mengandungi beta karoten, vitamin B1, vitamin C, kalsium, fosfor,
besi, kalium dan natrium. Nutrisi yang terkandung menjadikan labu kuning
berkhasiat meningkatkan lagi kekebalan tubuh. Beta karoten pada labu kuning
berfungsi untuk mencegah serangan jantung. Sementara kandungan vitamin B1, C
dan seratnya pula berperanan sebagai pencegah penyakit jantung dan strok.
Selain daripada itu, labu kuning berupaya mengubati penyakit ringan seperti
demam, migrain, cirit-birit, penyakit ginjal, gout serta membantu

menyembuhkan radang.

CARA TRADISIONAL MENGURUSKAN BADAN

Jika anda mengalami berat badan yang
berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
> Cara nya : sediakan dua biji
limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam
gelas yang berisi air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah
dijadikan air minuman setiap kali selepas makan tengah hari dan makan malam.
Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan meminumnya selama
sebulan, berat badan anda akan beransur turun.



PENYERI MUKA

Selain dari menghilangkan kedut di muka, ada juga amalan
yang boleh dilakukan supaya muka akan sentiasa kelihatan berseri. Caranya, cuci
muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam. Sapukan teh tersebut ke
muka, sepuluh minit kemudian basuhlah dengan air bersih. ataupun anda sapukan
muka dengan putih telur. biarkan selama 10 minit. Kemudian bersihkan dengan
air. Lakukan begitu seminggu sekali. Anda kan nampak keberkesanannya.

PENYERI MUKA

Selain dari menghilangkan kedut di muka, ada juga amalan
yang boleh dilakukan supaya muka akan sentiasa kelihatan berseri. Caranya, cuci
muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam. Sapukan teh tersebut ke
muka, sepuluh minit kemudian basuhlah dengan air bersih. ataupun anda sapukan
muka dengan putih telur. biarkan selama 10 minit. Kemudian bersihkan dengan
air. Lakukan begitu seminggu sekali. Anda kan nampak keberkesanannya.


DariPada,
Mizs.LaraPetronila

Lagi-lagi petua

RAMBUT HITAM BERKILAT:
Ambil kangkung kemudian diramas
dengan sedikit air hingga hancur dan berlendir. Kemudian sapukan pada rambut
dan bungkus dengan tuala. Biarkan selama satu jam. Bilas bersih-bersih. Lakukan
dua kali dalam seminggu. Selamat mencuba!!


KHASIAT AIR BERAS:

Air buangan mencuci beras banyak faedahnya. Cuba gunakan air itu untuk
mencuci muka sebab hasilnya muka anda lebih bersih dan bebas minyak. Pastikan,
bilas dengan air bersih selepas mencuci dengan air beras tadi. Air beras juga
boleh digunakan untuk menyiram pokok bunga ini akan menyuburkan lagi pokok
bunga dan melebatkan bunga.



MENGHILANGKAN BISUL:

Apabila anda terkena bisul, jangan
dibiarkan begitu sahaja hingga ia membesar yangb bukan sahaja sakit malah akan
sukar mengubatinya. Kerana itu, bila anda sedar akan terkena bisul,
cepat-cepat ambil bawang putih. Gosoklah bisul anda dengan  bawang putih.
Berkat air bawang putih yang berbau tengik itu, bisul anda tidak
sempat membesar akhirnya akan mengempis tanpa meninggalkan parut. 





TUMIT KAKI TIDAK PECAH:

Bagi anda menghadapi masalah ini,
boleh cuba petua ini. Ambil sebiji betik yang masih muda. Hiriskan di bahagian
hujungnya agar mengeluarkan getah. Sapukan getah betik tersebut ke bahagian
tumit yang pecah. lakukan berulang kali  beberapa hari jika ingin mendapat
hasil yang memuaskan.


MULUT TIDAK
BERBAU:
Untuk mengatasinya cuba petua ini. Ambil tujuh helai daun
sirih. Racik halus, kemudian diramas dengan semangkuk air suam. Campurkan
sedikit garam, kumurlah setiap hari dengan air itu. Insya-Allah masalah mulut
berbau akan dapat diatasi.

DariPada,
Mizs.LAraPetronila

Lagi tentang Petua kecantikan

LIMAU
WANGIKAN RAMBUT:
Ambil beberapa biji limau nipis dan
hiris-hiriskan. Kemudian gosokan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit dan
selepas itu cuci bersih-bersih. Selain daripada wangikan rambut, limau nipis
juga boleh menghilangkan rasa pening dan menyejukkan kepala.


PELEMBAP
MUKA SEMULA JADI:
Ambil beberapa lebar daun kubis, sesudu madu dan sedikat air. Kisarkan daun kubis sehingga halu dan gaulkan dengan kedua-dua bahan itu. Sapukan ke wajah hingga ke leher dan biarkan selama 20 minit. Cara menggunakan kapas lembab. Bersikan dengan lembut.

Pasti kulit anda akan sentiasa lembab dan tegang.


EPAL
LICINKAN KULIT:
Bagi mereka yang kulit berminyak,
berjerawat ataupun mempunyai kesan parut, cubalah petua mudah ini. Parut sebiji
epal atau sebiji tomato yang cukup masak. Kemudian gosoklah perlahan-lahan pada
wajah dan leher. Kandungan gelatin pada tomato boleh menghilangkan kehitaman
dan parut baru. Biarkan 20 minit, barulah dicuci wajah anda dengan air suam.
Lakukan berulang-kali dan anda akan dapat hasil memuaskan.


RAMBUT
SELALU GUGUR:
Bagi mengatasi rambut selalu gugur,
ambil lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya dan lendir pokok litup
bumi. Semuanya dimasukkan dalam satu bekas. Kemudian campur sedikit minyak
zaitun. Sapukan di seluruh rambut lepas mandi malam dan bungkus dengan tuala selama
setengah jam. Bangun pagi barulah dicuci. Amalkan seminggu sekali. Selain
rambut tidak gugur, rambut juga lambat beruban.


MENCANTIKAN
BETIS:
Setiap orang khususnya wanita, tentu inginkan betis yang
cantik, halus dan licin. Caranya mudah saja. Sapukan setiap pagi selepas mandi
dengan minyak rambut atau minyak kelapa dan urut pelahan-pelahan. Setelah
lakukan demikian, betis anda akan kelihatan halus dan mulus. Anda tidak perlu
membuang duit untuk membeli minyak untuk bayi atau losyen. Selain itu anda boleh
juga mengurut betis anda dua atau tiga hari sekali dengan menggunakan hampas
kelapa yang telah diperah santanya. Setelah itu urutlah lagi dengan air hingga
menjadi bersih.
Daripada,
Misz.LaraPetronila

Petua-petua

Melembutkan
KulitDengan Air Bunga
Melembutkan kulit dengan air bunga :
Melembutkan kulit dengan air bungan amat penting sepanjang musim sejuk kerana
yang demikian dapat membantu mengembalikan kelembapan yang berkurang dari
kulit,
sebagaimana menyemburnya selepas
meletakkan pelembab atau minyak wajah membentuk kulit menjadi kelembapan dan
kadar minyak padanya dan herba-herba termasyhur yangdigunakan dalam melembutkan
kulit wajah wanita pada musim sejuk : (aloe,chamomile. Pudina, ros, azulin dan
hananales)

Melembutkan kulit wanita dengan
herba-herba semulajadi :

Melembabkan kulit wanita dengan herba-herba semulajadi sangat penting
sepangjang musimsejuk. Wanita perlu menggunakan pelembab biasa dalam musin
sejuk lebih banyak dari yang biasa diletakkan atas wajah, leher dan sekeliling
mata dan krim pelembab semulajadi hendaklah mengandungi minyak tumbuh-tumbuhan
anti oksida seperti minyak biji gandum, soya dan zaitun.
Sebagaimana wanita boleh menggunakan
pelembab semulajadi terakhir yang mengandungi antioksida yang melindungi kulit
sepanjang musim sejuk serta menjadi minyak-minyak pemakanan seperti minyak
jujube, minyak apokat dan selainnya.


Krim semulajadi di waktu malam :
 Perlu menambahkankrim semulajadi di waktu malam bagi program kecantikan
semulajadi wanita sepanjang musim sejuk untuk menguatkan jaringan pembuluh
darah kapiler. Krim-krim ini bertujuan menghidupkan kulit dan merawat sebarang
kemudaratan yang terjadi baginya pada waktu siang sebagaimana ia menambahkan
kelembapan kulit.

Krim buah-buahan :
Pakar-pakar herba menegaskan krim buah-buahan yang mengandungi jus buah-buah
atau biji buah-buahan membantu membekali kulit dengan unsur-unsur mineral yang
menseimbangkan tahap kelembapan padanya seperti (pisang, apokat dan nenas).



Krim herba :
Boleh menggunakan krim herba di waktu malam ditambahkan kepadanya beberapa
titis minyak wangi yang harum untuk melindungi kulit dari cuaca sejuk dan herba
termasyhur yang digunakan krim waktu malam (chamomile, geranium, bunga
tulip,al-mur an-naruli, ros, rosemary, kayu cendana) yangs semuanya boleh
melindungi unsur-unsur yang menyakiti sebagaimana ia membantu memperbaiki
kulit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...