**************
Ada 3 jenis ukuran pinggang - sederhana, panjang & pendek. Ukuran diambil
berdasarkan jarak di antara buah dada & pinggul. Wanita berpinggang pendek
mempunyai jarak antara buah dada & pinggang lebih pendek. Ia membuatkan
bahagian dari pusat ke bawah (kaki) lebih panjang.
-Pinggang sederhana-
-------------------------------
Pinggang sederhana mempunyai jarak seimbang antarabuah dada & pinggul.
Mereka boleh menggayakan sebarang fesyen. Masalah timbul jika pinggang mereka
lebar (ukurlilit) serta perut buncit atau terlalu ramping & punggung besar.
Cuba lindungi dgn blaus labuh menutupi punggung & tidak terlalu ketat.
-Pinggang panjang-
---------------------------
Jarak di antara buah dada & pinggang lebih panjang, berbanding di antara
pinggang ke pinggul. Ia membuatkan bentuk badan dari pusat ke bawah (kaki)
nampak pendek. Cuba petua ini agar kaki nampak lebih panjang.
- Pakai skirt labuh. Ia mampu melindungi jarak pendek di antara pinggang ke
pangkal peha serta ukuran sebenar kaki tidak ketara.
- Pilih seluar atau skirt tanpa pinggang (pelapik keras pada pinggang) dgn
sisipan kecil khusus utk talipinggang.
- Pilih warna sana utk sut padanan dua terutamanya jika berseluar.
- Jika pakai blaus & seluar, pilih tali pinggang sewarna blaus. Ia dpt
melarikan pandangan & melindungi jarak pendek di antara pinggang &
pangkal peha.
DariPada,
Mizs.LaraPetronila
No comments:
Post a Comment