Saturday, February 12, 2011

25 TIPS UNTUK KURUS

Diantara amalan yang patut anda lakukan ialah:-



1. JANGAN BERLAPAR

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa
yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot)
untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi
rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan
lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah
kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi



2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak
terasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan
enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh
menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.



3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI

Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan
memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang
berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak



4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk
kesihatan tubuh



5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan
pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda
kurang berat yang disebabkan air.



6. AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut
satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk
gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya.Bagaimana ia terjadi? Sarapan
pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga
meningkat untuk membakar kalori.



7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita
makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.



8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara
ini ia lebih mudah dihadam.



9. MAKAN SIKIT TAPI BANYAK KALI

Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua
tetapi dengan kuantiti yang banyak.



10. ELAK MAKANAN RINGAN

Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau
kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan
selera anda.



11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh,
usah ada di dalam peti ais anda.



12. MAKAN DILUAR

Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren
kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang
gula.



13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral
dan serat dan kandungan lemak yang rendah.



14. TIMBANG

Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak
perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan
yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet



15. AMBIL MAKANAN YANG BEREMPAH

Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori.
Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga
meningkatkan pembakaran lemak.



16. PILIH MAKANAN YANG BERASASKAN BIJIRIN DAN KEKACANG.

Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak
mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.



17. SIMPAN SATU DIARI

Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat
badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap
kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari
makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah
beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh
membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini
juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet
anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.



18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS!

Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang
apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal
sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa
yang boleh menyihatkan tubuh badan.



19. MEMASAK MAKANAN

Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah
merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya
dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau
lemak haiwan.



20. MEMILIH HIDANGAN

Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring
cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang
terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda
ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa
lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak
makanan ringan yang anda habiskan!



21. BERJALAN JALAN SELEPAS MAKAN

Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah
makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25
langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga.
Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja
terisi.



22. BERBELANJA

Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja
dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah
perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah
dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling
akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.



23. GERAKKAN PUNGGUNG

Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih
efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop.
Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau
hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.



24. PENGGUNAAN GULA

Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32
kilokalori.



25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing:-- Jalan cepat. Gunalah
kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat- Gunakan
tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi, naik tangga untuk
beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif- Renang adalah
latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam- Bersenam atau
peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan
otot dapat melancarkan peredaran darah- Tunggang basikal dan kayuh
perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan
merampingkan peha.

DariPada,
Mizs.LaraPetronila

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...