Saturday, February 12, 2011

Lagi tentang Petua kecantikan

LIMAU
WANGIKAN RAMBUT:
Ambil beberapa biji limau nipis dan
hiris-hiriskan. Kemudian gosokan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit dan
selepas itu cuci bersih-bersih. Selain daripada wangikan rambut, limau nipis
juga boleh menghilangkan rasa pening dan menyejukkan kepala.


PELEMBAP
MUKA SEMULA JADI:
Ambil beberapa lebar daun kubis, sesudu madu dan sedikat air. Kisarkan daun kubis sehingga halu dan gaulkan dengan kedua-dua bahan itu. Sapukan ke wajah hingga ke leher dan biarkan selama 20 minit. Cara menggunakan kapas lembab. Bersikan dengan lembut.

Pasti kulit anda akan sentiasa lembab dan tegang.


EPAL
LICINKAN KULIT:
Bagi mereka yang kulit berminyak,
berjerawat ataupun mempunyai kesan parut, cubalah petua mudah ini. Parut sebiji
epal atau sebiji tomato yang cukup masak. Kemudian gosoklah perlahan-lahan pada
wajah dan leher. Kandungan gelatin pada tomato boleh menghilangkan kehitaman
dan parut baru. Biarkan 20 minit, barulah dicuci wajah anda dengan air suam.
Lakukan berulang-kali dan anda akan dapat hasil memuaskan.


RAMBUT
SELALU GUGUR:
Bagi mengatasi rambut selalu gugur,
ambil lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya dan lendir pokok litup
bumi. Semuanya dimasukkan dalam satu bekas. Kemudian campur sedikit minyak
zaitun. Sapukan di seluruh rambut lepas mandi malam dan bungkus dengan tuala selama
setengah jam. Bangun pagi barulah dicuci. Amalkan seminggu sekali. Selain
rambut tidak gugur, rambut juga lambat beruban.


MENCANTIKAN
BETIS:
Setiap orang khususnya wanita, tentu inginkan betis yang
cantik, halus dan licin. Caranya mudah saja. Sapukan setiap pagi selepas mandi
dengan minyak rambut atau minyak kelapa dan urut pelahan-pelahan. Setelah
lakukan demikian, betis anda akan kelihatan halus dan mulus. Anda tidak perlu
membuang duit untuk membeli minyak untuk bayi atau losyen. Selain itu anda boleh
juga mengurut betis anda dua atau tiga hari sekali dengan menggunakan hampas
kelapa yang telah diperah santanya. Setelah itu urutlah lagi dengan air hingga
menjadi bersih.
Daripada,
Misz.LaraPetronila

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...