Saturday, February 12, 2011

Petua-petua

MENHILANGKAN KEDUT WAJAH

Bagaimanakah caranya untuk menghilangkan kedut-kedut yang
mula berjinak di muka anda? Sebenarnya tidak sukar menghilangkan kedut di muka
asalkan rajin melakukannya. Ambillah sebiji lobak merah. Parut hingga
hancur. Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur.
campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati. sapukan di tempat yang
berkedut itu. Biarkan selama 20 minit, barulah dibasuh dengan air bersih.
lakukan selalu, Insya-Allah wajah anda kelihatan berseri dan kedut-kedut
akan menghilang. 


Muka akan tampak berminyak
terutama selepas bangun dari tidur. Sebenarnya, itulah masa sesuai untuk
mengurut wajah. Guna jari telunjuk kedua-dua belah tangan. Mula letakkan
kedua-duanya di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari ke pipi, pipi ke hidung
seterusnya ke bahagian dahi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut cara
menurun kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan di wajah. Buatlah setiap
pagi disusuli dengan minum air suam sebelum mengambil sarapan pagi.


Daripada,

Misz.LaraPetronilapaul

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...