Saturday, February 12, 2011

25 Petua dan Tips Nak Bagi Anak Pandai BI.

1. Anda dah boleh ajar anak anda mahir dalam bahasa
Inggeris dari mereka dalam kandungan lagi.Berbual dengan mereka dalam bahasa
Inggeris. Nyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Inggeris. Mainkan lagu2 dalam bahasa
Inggeris untuk mereka dengar. Kalau nak lagu-lagu nasyid rasanya dah banyak
yang ada dalam bahasa Inggeris seperti lagu-lagu nasyid Yusuf Islam.



2. Bila anak dah lahir teruskan berbual dengan anak anda tu dalam bahasa
Inggeris. Kalau boleh gunakan teknik One Parent One Language. Maknanya sorang
kenalah cakap Bahasa Inggeris n sorang cakap bm sepenuhnya. Jadi anak nanti
mahir dalam kedua2 bahasa, InsyaAllah.



3. Gunakan sumber pengajaran seperti kad imbas, poster, vcd, cd dan lain2 untuk
mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk mereka belajar.





4. Jangan jadikan kelemahan anda dalam bahasa Inggeris sebagai alasan untuk
tidak mendedahkan mereka kepada bahasa Inggeris pada peringkat awal lagi.
Berkorban sedikit.Belajar balik bahasa Inggeris tu untuk anak2 anda. Tak perlu
mahir untuk mengajar mereka sebab anda sentiasa boleh rujuk kepada buku2 dan
lain2 sumber untuk menagajar.



5. Kad imbas amat berkesan untuk memperkenalkan perkataan baru bahasa Inggeris
tanpa perlu anda menggunakan bahasa ibunda anda. Ini kerana kad imbas
menggunakan gambar/imej. Gunakan permainan2 kad imbas yang menarik untuk
menagajar mereka.



6. Jangan merasa malu dan segan untuk mengajar anak-anak anda dikhalayak ramai.
Pedulikan pandangan sinis orang lain. Yang penting anak anda akan mahir dalam
bahasa Inggeris dan bila masuk sekolah nanti tak ada masalah dengan mata
pelajaran bahasa Inggeris, Sains dan matematik.



7. Ingat yang bila seseorang kanak-kanak mahir dalam bahasa, IQ mereka juga
akan meningkat.



8. Kalau ada yang anda tak faham, jangan segan bertanya dengan orang lain.



9. Belikan buku-buku cerita yang menarik yang banyak gambar2 untuk anak-anak
anda. Kalau dia orang minat kartun,tak salah anda belikan komik dalam bahasa
Inggeris. Sekarang ni komik Doraemon pun ada dalam dwibahasa.



10. Rajin2 lah bacakan buku cerita kepada anak anda.Pupukkan sikap suka memabca
bahan2 dalam bahasa Inggeris kepada mereka.



11. Dapatkan sokongan suami/isteri untuk mengajar anak-anak anda. Kenalah ada
team effort.Jangan buat sorang2. Tak salah juga kalau minta bantuan ibubapa
atau mertua anda untuk sama2 membantu. Kadang2 mereka ini lagi fasih dari kita.



12. Kalau mampu hantar le ke tadika yang ada ajar bahasa Inggeris. Kalau x ada
budget jangan lah risau. Anda sendiri boleh mengajar mereka dengan berkesan.



13. Kenali diri anak anda dan ketahui apa yang mereka minati.Kalau dia minat
Sesame Street belilah vcd2 Sesame Street.



14. Gunakanlah sumber percuma atau sumber2 yang telah anda bayar.. Pilih
rancangan2 di tv dan Astro yang sesuai untuk anak-anak anda seperti rancangan
Sesame Street, Noddy, Bob The Builder ke dan lain¡KKalau anda sendiri nak
belajar bahasa Inggeris, di Astro ada channel 14 yang banyak rancangan2 bahasa
Inggeris.



15. Jangan paksa atau beri tekanan terutamanya kepada kanak-kanak yang masih
kecil. Ingat yang mereka ini moody, cepat lupa, mudah bosan dan lebih suka
bermain dari belajar. So anda kenalah cari teknik2 pengajaran yang tidak
membosan kan. Kalau nak ajar tak payah lama2 dan cari masa yang sesuai bila dia
org boleh beri lebih tumpuan.



16. Beli poster yang sesuai dan tampalkan di dalam rumah anda. Pastu
tearngkanlah kepada mereka dan lepastu anda kenalah rajin ulangkan apa yang
anda terangkan kepada mereka sebab mereka ni mudah lupa.



17. Kalau betul caranya kanak-kanak boleh mengusai lima bahasa serentak!



18. Jangan risau., anak anda tak akan pening kalau anda dedahkan kepada dua
bahasa dari kecil. Mula2 je dia pening tapi dia akan cepat sedar yang mereka
menggunakan dua bahasa.



19. Konsisten dalam pengajaran anda tu. Jangan kejap cakap bm dan kejap cakap
bahasa Inggeris atau campur dalam ayat anda.



20. Jangan guna bahasa bayi. Sebut betul2 dan gunakan ayat yang betul grammar
dia.



21. Kalau anak anda sebuat tak betul ,betulkan sebutan mereka dengan anda ulang
semula apa yang mereka sebut tu.



22. Belajar balik bahasa Inggeris anda. Walaupun anda rasa yang bahasa Inggeris
anda dah ok tak salah kalau anda belajar balik sebab kdg2 kita ni tak sempurna.
Or kdg2 benda yang kita ingat betul sebenarnya salah atau kurang tepat.



23. Selain dari mengguna kad imbas anda juga boleh gunakan kad perkataan. Ni x
ada imej atau gambar. Senang je nak buat.Belije kad2 untuk buat nota yang
bersaiz poket. Kad ni sesuai jugak untuk anda mempelajari perkataan baru dengan
menggunakan Thesaurus dan Dictionary.



24.Kalau boleh jangan gunakan kamus Bahasa Inggeris-BM. Cuba gunakan kamus
bahasa Inggeris-bahasa Inggeris ataupun gunakan kamus English-English- Malay
macam yang saya gunakan. Ini boleh membantu anda ¡¥berfikir¡¦ bahasa Inggeris.



25. Kalau anda sendiri tak berapa ingat perkataan-perkataan bahasa Inggeris ,
apa kata anda gunakan label dan tampalkan pada tempat2 yang sesuai seperti
letak label fridge di peti ais, kitchen di dapur dan sebagainya. So dengan cara
ini anda pun ingat apa yang perlu disebut dan anak anda pun boleh ingat apa
yang perlu disebut.

DariPada,
Mizs.LaraPetronila

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...