Saturday, February 12, 2011

Tip untuk sihat

Iaitu memilih makanan dengan betul.



#
Minum sepuluh gelas air sehari supaya kulit sihat dan lembap. Air

juga bertindak sebagai bahan membantu tubuh mengepam keluar toksik

dalam badan.



# Jauhi snek dan makanan segera yang sememangnya sedap kerana
kandungan sodium yang tinggi di dalamnya. Namun, jika diambil dalam

jumlah yang banyak, unsur kimia dalam makanan berkenaan akan

menjadi racun yang boleh mengganggu organ tubuh.



# Lebihkan pengambilan protein yang bukan berasaskan haiwan

misalnya kacang soya. Protein dari haiwan tidak baik kerana ia

lemak tepu dan tinggi kolesterol.



# Awas dengan susu atau produk tenusu kerana bagi mereka yang

berkulit sensitif, produk tenusu dipercayai berpotensi tinggi

menghasilkan mukus yang memberi reaksi alergi. Semakin meningkat

usia, tubuh kehilangan enzim penting yang boleh memecahkan gula

dalam susu atau produk tenusu. Gantikan dengan yogurt rendah lemak

kerana ia mengandungi bakteria baik yang berupaya menyerap nutrien

dengan baik.



# Jangan kedekut untuk membeli sistem penapis air yang berkualiti.

Air yang bersih boleh merangsang awet muda.



# Anda penggemar kopi? Tahukah anda minuman seperti kopi atau apa

saja yang berkafein sebenarnya bersifat toksik kepada badan? Ia

menyebabkan pengoksidaan kulit menjadikannya cepat berkedut.



# Jika anda mengimpikan berat badan ideal, jauhkan makanan

berasaskan lemak tepu, berprotein tinggi dan mengandungi kolesterol

dalam diet anda.



# Cuba makanan berasaskan karbohidrat kompleks. Ia bukan saja

mengekalkan aras gula dalam darah tapi turut memanjangkan hayat

alteri anda.


Daripada,
Mizs.LaraPetronila

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...